Gaul konkrit dengan tangan.
a. Tapak kerja bancuhan disediakan samada diatas permukaan tapak yang rata dan keras atau dengan cara membuat satu platform yang berukuran diantara 2.75-3 meter persegi.
b. Dua orang diperlukan dan kedudukan mereka adalah secara bertentangan antara satu sama lain.
c. Sukat bahan campuran konkrit mengikut nisbah yang telah ditetapkan. Contoh 1:3:6.
d. Gaul bahan pasir dan simen dengan menggunakan showel seelok-eloknya 3 kali sehingga bancuha kelihatan berwarna kelabu kehitam-hitaman iaitu warna simen.
e. Masukkan bahan aggregat yang telah disukat sedikit demi sedikit diatas campuran simen dan pasir tadi.
f. Apabila bahan campuran ini telah digaul dengan baik tuangkan air sedikit demi sedikit dan gaulkan lagi bahan ini sehingga kelihatan bahan campuran ini betul-betul digauli.
g. Pastikan bancuhan yang dibuat tidak terlalu cair atau terlalu keras.
Uji penurunan (slump test).
Dibuat untuk memastikan kebolehkerjaan konkrit. Cara untuk melaksanakan ujian adalah seperti berikut :-
a. Acuan diletakkan diatas lantai yang rata
b. Konkrit dimasukkan kedalam acuan pada 3 lapisan. Setiap lapisan dipadatkan dengan rod pemadat sebanyak 25 kali sebelum lapisan berikutnya dituang.
c. Apabila penuh, acuan ditarik keluar dan diletakkan bersebelahan konkrit.
d. Penurunan yang berlaku adalah ukuran tinggi antara konkrit dan acuan.
e. Ukuran yang dibenarkan adalah diantara 50 mm hingga 100mm.
No comments:
Post a Comment