MEMANCANG TANDA
Sebelum kerja-kerja pembinaan dijalankan terlebih dahulu kerja kerja memacang tanda (setting out) dibuat bagi memastikan kerja kerja menepati lokasi yang ditentukan dalam plan.
Baca dan faham plan tapak yang diberi.
a) Baca plan, dapatkan maklumat dalam plan seperti jarak offset dari garis dasar (sempadan) ke bangunan, jarak antara tiang, saiz footing, arah kedudukan bangunan.
b) Tentukan saiz pancang tanda yang sesuai dengan keluasan bangunan.
Potong kayu 1”x2” mengikut kesesuaian
a) Potong kayu 1”x2” sepanjang 2’6” sebagai tiang pancang tanda
b) Berpandukan plan yang diberi bina pancang tanda supaya pandangan hadapan bangunan menghala bearing 290º 00’00”.
c) Pacakkan kayu tadi di setiap penjuru luar bangunan lebihkurang 3 kaki dari dinding luar bangunan.
d) Tarik benang antara tiang pancang dan pacak mengikut benang sejarak 8 kaki antara satu sama lain.
e) Kemudian pasang kayu 1”x2” ke atas tiang pancang mengelilingi tapak bangunan.
Dapatkan kedudukan bangunan dengan menandakan benang
a) Paku pada pancang tanda kedudukan point point penting seperti tiang, footing dan sebagainya dengan benang di mana titik persilangan benang adalah point point dalam bangunan samada footing atau tiang.
b) Gunakan site square untuk sudut tepat pepenjuru bangunan
Periksa pepenjuru bangunan supaya bersudut tepat
a) Untuk mendapatkan sudut tepat pada bangunan periksa panjang pepenjuru. Sekiranya panjang berbeza menunjukan tidak tepat.
b) Buat pembetulan dengan memindahkan benang sehingga bersudut tepat..
c) Setelah sudut tepat diperolehi barulah point-point tiang antaranya ditanda dengan paku dan pasang benang.
d) Setelah benang siap dipasang bahagian benag yang bersilang.merupakan point-point tiang
e) Selepas itu dipoint ini ditanda dengan peg kecil bagi lokasi footing mengikut saiz seperti dalam plan untuk kerja-kerja pengalian footing dengan menggunakan jentera
Terima kasih menggunakan nota saya, saya halalkan. Sebagai asas untuk anak-anak didik kursus Kejuruteraan Awam
ReplyDelete